Plot Naan Ee

Nani (Nani) adalah seorang lelaki muda yang pakar dalam membuat bunga api. Dia tinggal di rumah yang bertentangan dengan seorang artis mikro, Bindu (Samantha ), yang juga mengendalikan sebuah NGO, Projek 511.Nani dalam cinta dengan Bindu selama dua tahun dan sentiasa menonjolkan perasanya pada Bindu. Bindu juga menyukainya tetapi suka menyembunyikan perasaanya dari Nani.Sudeep (Sudeep) seorang jutawan yang kaki perempuan dan dia sanggup membunuh isteri sendiri untuk duit.Satu hari, Bindu pergi ke pejabat Sudeep untuk meminta derma. Sudeep pada mulanya menyuruh pembantunya menghalunya tetapi mengubah rancangan apabila melihat Bindu yang cantik.Bindu, tidak mengetahui niat sebenar Sudeep, memasuki pejabatnya untuk menerangkan tentang NGO-nya. Sudeep menderma sebanyak INR 15 lakhs. Di restoran, Bindu melihat Nani dan rakan-rakan beliau memasang bunga api di di seberang kolam renang. Sudeep sedar bahawa Bindu terus merenung Nani dan menjadi cemburu. Pada malam itu, Bindu berkerja lewat dan dia memerlukan pengiring untuk pulang ke rumah, jadi dia memanggil Nani unuk datang ke pejabat beliau dan menemaninya berjalan ke rumahnya.Pada ketika ini, Nani memberikan Bindu idea untuk membantu menyelesaikan kalung yang Bindu sedang buat dan Bindu akhirnya bersedia untuk mengaku cintanya pada Nani.Tetapi, Nani diculik oleh Sudeep pada malam tersebut.Sudeep memberitahu Nani bahawa dia mencintai Bindu. Nani memberitahu Sudeep supaya jangan menghampiri Bindu. Sudeep yang marah membunuh Nani.Kemudian, Nani menjelma semula sebagai Lalat. Kemudian, plot cerita menunjukan langkah-langkah yang diambil oleh Nani untuk membalas dedamnya pada Sudeep.